Kerana kenyataan ‘jangan buka aib’, menteri agama diselar

Kerana kenyataan ‘jangan buka aib’, menteri agama diselar. Menteri agama Idris Ahmad diselar kerana pendiriannya bahawa seorang pelakon remaja tidak patut mendedahkan aib kerana membuat tuduhan gangguan seksual bapanya.

“Masih ada yang nak undi PAS lagi ke?

“Saya nak tahu kenapa PAS nak pertahankan sangat lelaki yang membuat gangguan seksual terhadap anak sendiri?

“Kalau konsert, lantang mereka membantah, tapi gangguan seksual…,” sindir bekas naib presiden Muda Thanussha Xavier.

Pelakon 15 tahun itu baru-baru ini mendedahkan dakwaan gangguan seksual bapanya dalam siaran di YouTube.

Sebagai reaksi, menteri agama Idris Ahmad dilaporkan berkata pelakon itu sewajarnya menutup aib sendiri dan tidak mendedahkan perkara itu pada orang ramai.

Katanya remaja itu sewajarnya membuat laporan polis bagi membolehkan dirinya mendapat pembelaan undang-undang dan dilindungi daripada ancaman.

“Sepatutnya kita dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya gangguan seperti itu tak perlu didedahkan pada orang ramai,” dia dipetik sebagai berkata selepas merasmikan Konvensyen Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie di Bangi, semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun kelmarin dilaporkan bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim berkata bapa pelakon itu membuat laporan polis balas bagi menafikan dakwaan berkenaan di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah.

Kerana kenyataan ‘jangan buka aib’, menteri agama diselar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*