Kerana cemburu, lelaki parah diserang

Seorang lelaki berusia 29 tahun mengalami kecederaan parah setelah ditetak mengunakan sebilah parang pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya telah menerima satu laporan berhubung perkara itu pada 4 September lalu.

“Pengadu seorang wanita juga isteri kepada suspek telah membuat lapotan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Taiping kira -kira pukul 7.20 malam.

“Berdasarkan siasatan awal yang dibuat didapati motif kejadian berpunca akibat perasaan cemburu.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Nasir, susulan daripada laporan yang diterima sepasukan pegawai dan anggota polis IPD Taiping telah digerakkan untuk mengesan suspek.

Tambahnya, suspek berjaya ditangkap dalam tempoh tidak sampai 24 jam dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*