‘Kerajaan luar tabii’, MB Kedah berdepan laporan polis

”Kerajaan luar tabii’, MB Kedah berdepan laporan polis. Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Bahagian Padang Serai membuat laporan polis bersama terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS, Sanusi Md Nor yang mendakwa kerajaan perpaduan adalah “kerajaan luar tabii”.

Ahli Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di luar IPD Kulim selepas membuat laporan terhadap Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor.

Sanusi membuat kenyataan itu dalam ceramah Perikatan Nasional (PN) di Taman Mutiara di sini, dua hari lalu.

Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Padang Serai, Samsuddin Ahmad berkata, Sanusi yang juga menteri besar tidak wajar membuat kenyataan seperti itu.

Beliau turut mendakwa Sanusi menghina Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan penubuhan kerajaan perpaduan.

“Saya merayu menteri besar tolonglah bertaubat,” katanya di luar IPD Kulim selepas membuat laporan itu.

Sanusi antara pemimpin PN yang dikecam selepas mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Calon PN Padang Serai, Azman Nasruddin sebelum ini dikritik kerana melabelkan kerajaan perpaduan sebagai “kerajaan zina”.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*