Kerajaan kekal beku pengambilan pekerja asing – KDN

Pembekuan permohonan kuota pengambilan pekerja asing yang dilaksanakan sejak Mac tahun lalu dilanjutkan ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam kenyataan, Saifuddin berkata keputusan itu selepas mengambil kira jumlah pekerja asing dalam negara sehingga 15 Sept yang menghampiri jumlah siling ditetapkan.

Jumlah pekerja asing dalam negara dipandu oleh ketetapan Kementerian Ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu sebanyak 15% daripada keseluruhan guna tenaga kerja dalam negara.

“Kementerian Dalam Negeri sentiasa memantau kemasukan pekerja asing bagi memastikan pematuhan kepada siling yang ditetapkan seterusnya menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Kerajaan akan meneliti dan membuat pertimbangan semula berhubung ketetapan pembukaan kuota penggajian pekerja asing, katanya.

Beliau turut mengumumkan kerajaan tiada perancangan melaksanakan program pemutihan baharu pada masa depan, selepas Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 tamat pada 31 Dis tahun lalu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*