Kerajaan buru ‘dalang’ dan ‘penderhaka’ bantu kumpulan Sulu tuntut Sabah

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata kerajaan kini dalam proses mencari dalang yang membantu kumpulan Sulu dalam tuntutan terhadap Sabah.

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata dalang rakyat tempatan itu merupakan penggerak dan pemberi maklumat kepada kumpulan Sulu.

Kerajaan sedang mengenal pasti dalang dan ‘penderhaka’ dalam kalangan rakyat Malaysia yang menyokong dan membantu kumpulan Sulu membuat tuntutan ke atas Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa dalang itu merupakan penggerak dan pemberi maklumat kepada kumpulan terbabit.

“Kita dalam proses untuk cari mereka kerana kita dapat berita mereka inilah jadi penggerak yang membantu tuntutan sedemikian dan yang memberi maklumat sebenarnya,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Matbali Musah (GRS-Sipitang) yang ingin tahu langkah yang diambil kerajaan untuk memastikan tiada lagi tuntutan lain daripada kumpulan Sulu.

Menjawab soalan tambahan Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai perancangan konkrit kerajaan dalam memastikan tuntutan itu tidak berlarutan, Azalina berkata beliau secara prinsip bersetuju isu berkenaan perlu dinoktahkan, namun dalam masa sama menghormati proses perundangan yang sedang berjalan.

“Saya pun kadang-kadang terfikir – ada ke yang kita boleh lakukan lagi.. sebab selepas ini, apa pula yang akan berlaku, kita tak tahu, bukan sahaja Sabah dan Sarawak mungkin sahaja di Semenanjung. Banyak orang yang boleh menuntut sebab kita negara yang banyak sejarah.

“Bagi pihak kerajaan kita nak menentukan bahawa mereka yang menganiaya kerajaan Malaysia ini perlu disaman, memberi bayaran balik setimpal kepada segala kos-kos yang dibiayai oleh kerajaan dan kes ini bermula 2019,” katanya.

Menjawab soalan asal William Leong Jee Keen (PH-Selayang) mengenai status kemajuan terkini kes tuntutan kumpulan Sulu, Azalina berkata pada 15 Mei lepas, Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*