Kenapa kau langgar abang aku? Adik tuntut jawapan dari pemandu rempuh maut anggota tentera

‘KENAPA kau langgar abang aku’. Demikian luahan adik seorang anggota tentera yang dilaporkan maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah kereta di Kilometer 3 Jalan Kluang-Nyior, Kluang, Johor pada Khamis.

Meratapi kehilangan insan tersayang, Izzyra Zyra di laman Facebook seolah-seolah menuntut jawapan daripada pemandu yang didakwa merempuh abangnya di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, insiden itu dilaporkan kepada polis oleh pemandu kereta terbabit yang difahamkan merupakan seorang mekanik berusia 37 tahun.

Mangsa, Yuskhairi Zailani, 37, yang parah bahagian kaki, badan dan kepala, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Mekanik berkenaan datang buat laporan polis mendakwa kemalangan lebih kurang pukul 8.07 malam membabitkan Honda Civic dipandunya dengan Yamaha Ego LC.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta dari arah Nyior menghala ke bandar Kluang, manakala mangsa dari arah bertentangan.

“Sampai di tempat kejadian, kereta memotong sebuah motosikal di kawasan garisan berkembar lalu bertembung motosikal ditunggang mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, pemandu berkenaan turut cedera ringan di bahagian muka, tangan serta kaki dan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta manakala anggota tentera itu dibawa ke HEBHK dengan ambulans.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pukul 3.30 pagi tadi,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*