SEORANG pemuda berusia 20 tahun ditemukan maut dalam keadaan tergantung di rumahnya, dipercayai membunuh diri, lapor Detik.
Mayat pemuda yang berasal dari Telanaipura, Kota Jambi, Indonesia itu ditemukan oleh ibu saudaranya pada Selasa sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis.
Kejadian tersebut ternyata menggemparkan penduduk di sekitar rumahnya.
Ketua Polis Telanaipura AKP Harefa berkata, polis masih menyiasat punca pemuda itu menggantung diri.
Bagaimanapun, hasil siasatan awal termasuk keterangan jiran sekelilingnya mendapati lelaki itu mengalami kemurungan hidup bersendirian kerana ditinggalkan ibu bapanya sejak bayi lagi.
“Dipercayai mangsa tertekan, kerana setakat ini aktiviti hariannya hanya bermain permainan, tiada kerja,” katanya.
Tambahnya, waris mangsa enggan melakukan bedah siasat dan mahu segera menguruskan mayat.
Turut baca :
Leave a Reply