Kemuka tuntutan palsu RM150,000, Datuk Seri dicekup SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penasihat strategik kewangan bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai hampir RM150,000.

Difahamkan, tuntutan itu mengandungi butir matan palsu bagi tujuan kerja-kerja penggabungan syarikat bernilai kira-kira RM150,000, sedangkan perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan.

Menurut sumber, suspek merupakan seorang lelaki berusia 50-an telah ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama tiga hari sehingga 12 Julai telah dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022 dengan membuat tuntutan palsu bagi perkhidmatan korporat penggabungan dua entiti syarikat sedangkan perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan,” katanya tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*