Kemuka tuntutan palsu, dua individu termasuk wanita ditahan SPRM

Dua individu termasuk seorang wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM60,000 sekitar 2020 hingga tahun lalu.

Sumber berkata, kedua-dua suspek masing-masing seorang lelaki berusia 30-an dan wanita berumur 50-an ditahan di pejabat SPRM Selangor, ketika memberi keterangan pada 6.30 petang semalam.

Katanya, kedua-dua suspek berkenaan adalah pemilik dan ketua penyelia syarikat perkhidmatan pembersihan dipercayai membuat tuntutan palsu bagi kerja-kerja perkhidmatan pembersihan membabitkan sebuah bangunan kerajaan di Kuala Lumpur.

“Kedua-dua suspek dipercayai mengemukakan dokumen tuntutan palsu dari 2020 hingga 2022 membabitkan kontrak bernilai lebih RM4.2 juta,”

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kemuka tuntutan palsu, dua individu termasuk wanita ditahan SPRM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*