Kematian suri rumah, 2 lelaki dipenjara

Kematian suri rumah, 2 lelaki dipenjara.

Seorang pengawal keselamatan dan penganggur masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang suri rumah, empat tahun lepas.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Mohammad Zahrynnazha Abdullah, 26, dan penjara 10 tahun ke atas Mohamad Danish Izzuddin Ab Razak, 22, setelah mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Kematian suri rumah, 2 lelaki dipenjara
Mohammad Zahrynnazha Abdullah dan Mohamad Danish Izzuddin Ab Razak dituduh bersama-sama menyebabkan kematian Tan Chi Ann, 47, di Taman Sutera, Yong Peng, Batu Pahat pada 13 Feb 2018.

Mahkamah memerintahkan hukuman mereka bermula dari tarikh tangkap pada 20 Feb 2018.

Zahrynnazha dan Danish dituduh bersama-sama menyebabkan kematian Tan Chi Ann, 47, di Taman Sutera, Yong Peng, Batu Pahat, antara 12.35 tengah malam dan 1.21 pagi, 13 Feb 2018.

Turut baca

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Zahrynnazha yang membonceng motosikal yang ditunggang Danish berlegar-legar di lokasi kejadian dan merancang untuk meragut.

Apabila Tan berada di lokasi kejadian, Danish bertindak menendang motosikal yang dinaiki mangsa sehingga wanita itu terjatuh sebelum Zahrynnazha pergi ke arahnya sambil mengacukan pisau dan meminta duit daripadanya.

Akibat mangsa enggan memberikan duit dan beg miliknya, berlaku pergelutan sehingga Zahrynnazha telah menikam mangsa menyebabkannya rebah sebelum bertindak mengambil beg tangan yang berada pada mangsa sebelum melarikan diri bersama Danish.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan itu selepas kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan membunuh wanita itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azfar Mahmod manakala peguam Mohd Radzi Yatiman mewakili Zahrynnazha dan peguam Rosli Kamaruddin mewakili Danish.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*