Keluar rumah tanpa izin, suami bertindak ganas, tetak isteri sampai mati

SEORANG lelaki berusia 38 tahun ditahan polis selepas dia menetak isterinya sehingga maut.

Pembunuhan kejam itu berlaku di kediaman mereka di Sumenep, Indonesia pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sumenep, AKBP Henri Noveri Santoso, perbalahan bermula apabila lelaki itu menegur isterinya yang mahu keluar dari rumah.

Walaupun dipujuk, isterinya berkeras mahu keluar kerana tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Lelaki itu bertindak ganas dengan menetak mangsa menggunakan sabit ketika perbalahan itu.

Akibat tetakan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan, belakang badan, paha dan perut mangsa.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di sebuah hospital.

Difahamkan, keluarga mangsa melaporan kejadian tersebut dan suspek kini ditahan bersama bukti-bukti termasuk pakaian mangsa, sabit serta surat nikah.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*