Kejamnya! Ibu lima anak diperkosa & dikelar ditemui maut

Berkali-kali penulis membaca kisah ini dan tidak dapat menerima kenyataan peristiwa tidak berperikemanusiaan ini berlaku di bumi Malaysia. Nyawa seorang ibu lima anak yang juga pembuat roti diragut sekelip mata hingga ditemui maut dalam semak. Tidak hanya itu, mangsa juga dipercayai diperkosa berdasarkan bukti yang ditemui.

Berikut info kejadian yang dikongsikan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad:

1-Wanita berusia 36 tahun itu dipercayai keluar daripada rumah pada jam 6.15 pagi untuk ke tempat kerja.

2-Perjalanan ke tempat kerja memerlukannya melalui laluan pejalan kaki di kawasan semak kebun pisang di Kampung Pisang, Lahad Datu, Sabah.

3- Majikan memaklumkan kepada keluarga bahawa mangsa tidak sampai ke tempat kerja.

4-Selepas menyedari kehilangan mangsa, ahli keluarga keluar mencari dan menemui mayat wanita berkenaan kira-kira 600 meter dari rumah dalam keadaan tidak bernyawa.

5-Mayatnya ditemui kira-kira 8.15 pagi iaitu kira-kira dua jam selepas keluar dari rumah di sebuah kebun pisang.

6-HASIL SIASATAN POLIS MENDAPATI ADA KESAN HENTAKAN BENDA TUMPUL DI KEPALA DAN KESAN KELAR DI BAHAGIAN LEHER MANGSA.

7-Lebih menyayat hati, mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel.

8-Pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa turut diperkosa berdasarkan terdapat kesan air mani yang terdapat pada alat sulit mangsa.

9-Tidak hanya diperkosa dan dibunuh, telefon bimbit milik mangsa juga didapati hilang dan tiada wang tunai ditemui di dalam dompetnya.

10-Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik untuk dibedah siasat dan kes disiasat 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

Polis kini sedang berusaha mengesan suspek. Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada balai polis terdekat atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Asisten Superintenden Kharuddin Husain di talian 013-9071709 ya.

Salam takziah buat keluarga mangsa.

LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH ROGOL

Kejamnya!  Ibu lima anak diperkosa & dikelar ditemui maut

• Jika keluar bersendirian, beritahu ibu bapa, ahli keluarga atau rakan tentang rancangan perjalanan anda.

• Berhati-hati dengan persekitaran terutamanya di tempat gelap dan sunyi.

• Elakkan berjalan sendirian terutama pada waktu malam.

• Apabila menggunakan pengangkutan awam, cuba duduk dengan penumpang wanita.

• Berhati-hati dengan orang tidak dikenali dan mencurigakan yang berkeliaran terutamanya di tandas awam dan lif.

• Berhati-hati dan bersiap sedia dengan kunci semasa berjalan menuju ke kereta anda sama ada di tempat letak kereta terbuka atau berbumbung.

•Letak kereta di tempat yang terang dan minta pengawal keselamatan menemani anda ke kereta jika berasa tidak selamat.

•Jangan terima apa-apa minuman atau makanan daripada orang yang tidak dikenali dan elakkan minuman anda tanpa dijaga.

•Jangan sekali-kali bersetuju untuk bertemu sesiapa sahaja yang anda kenali melalui media sosial. Jika perlu, berjumpalah dalam satu kumpulan di tempat yang mempunyai ramai orang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*