Kejam! Wanita sedang tidur diperkosa 5 rakan abang ipar, rakam kejadian

Seorang wanita berusia 27 tahun diperkosa lima rakan abang ipar di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin.

Wanita itu difahamkan sedang tidur bagaimanapun diikat tangan dan mulut ditekup sebelum dirogol secara gilir-gilir.

Bahkan perbuatan terkutuk itu turut dirakam suspek.

Menurut laporan media tempatan, berikut info kejadian;

1. Kejadian berlaku jam 3.30 pagi ketika mangsa berusia 27 tahun sedang tidur di dalam biliknya.

2,. Dia bagaimanapun tersedar apabila mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya.

3. Menurut sumber, suspek mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mereka memperkosanya dan merakam perbuatan keji itu.

4. Selepas memperkosa mangsa mereka terus melarikan diri menyebabkan mangsa cedera dan lebam di tangan.

5. Trauma dengan kejadian itu mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya.

6. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

7. Katanya, kesemua suspek sedang dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

8. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, polis sedang menjejaki Muhammad Nuraffiq Jaafar, berusia 29 tahun dan beralamat di PPR Laksamana, Cochrane 2, Jalan Peel, Kuala Lumpur dipercayai dapat membantu siasatan kes itu. Justeru pihaknya minta mohon kerjasama orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang keberadaan lelaki tersebut untuk tampil membantu siasatan.

9. Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252.

Moga semua suspek dapat diberkas polis dan mendapat hukuman yang setimpal!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*