Kejam! Wanita campak anak 2 tahun ke dalam parit, ‘spin’ cerita mangsa jatuh kolam ikan. Polis menahan seorang wanita kerana didakwa mencampak anak kecilnya yang berusia dua tahun ke dalam parit sehingga mangsa meninggal dunia.
Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Karang Gading, Kecamatan Labuhan Deli, Sumatera Utara, pada 29 Oktober lalu.
Menurut Ketua Polis Pelabuhan Belawan, AKBP Janton Silaban, suspek yang berusia 29 tahun mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana sakit hati gara-gara suaminya tidak memberikan wang belanja.
Pada mulanya, kata Janton, suspek mereka cerita seolah-olah anaknya terjatuh ke dalam kolam ikan.
Menurut Janton lagi, suspek juga memberitahu dia tidak dapat menahan sabar kerana sering dimarahi suaminya yang merupakan seorang penagih dadah.
“Hasil soal siasat, suspek mengaku telah mencampak anak kandungnya ke dalam kolam yang mengakibatkan kematiannya,” kata Janton.
Malah kata Janton, kejadian berkenaan merungkai atu lagi jenayah yang dilakukan suspek, di mana dia mengaku pernah melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang lagi anaknya pada Mei 2020.
Mangsa yang merupakan anak sulungnya, dicampak ke dalam perigi Ketika berusia sembilan bulan.
Bagaimanapun, suspek ketika itu mendakwa anaknya telah meninggal dunia akibat demam panas.
BAca juga :
Leave a Reply