Kejam !!! Hanya kerana tidak mahu makan, berak atas tilam, budak 4 tahun didera bapa angkat

Hanya kerana tidak mahu makan dan membuang air besar di atas tilam, seorang kanak-kanak lelaki didakwa didera bapa angkatnya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ampang.

Kejadian itu turut disaksikan adik ipar lelaki terbabit yang tinggal bersama di rumah berkenaan sejak sebulan lalu sebelum melaporkannya kepada polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 30 tahun itu dikatakan bertindak memukul kanak-kanak lelaki itu bermula bulan lalu dan terbaharu dia melakukan perbuatan itu pada pukul 7 malam kelmarin.

Kata beliau, adik ipar mangsa berusia 19 tahun pada mulanya bertengkar dengan kakaknya berpunca dia menegur mereka memarahi mangsa.

Menurutnya, kakak pengadu juga pernah melihat mangsa dipukul oleh suspek.

“Mangsa dijaga oleh kakak pengadu sejak berusia lima bulan yang diserah oleh seseorang yang tidak dikenali secara sukarela.

“Mangsa mengalami kecederaan di badan, kaki serta kesan luka di bahagian kemaluan dipercayai didera dengan menggunakan tangan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Farouk berkata, mangsa kini mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

“Suspek ditahan pukul 5 petang semalam, selepas tiba di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing negatif dadah,” jelasnya.

Tambah beliau, suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 25 Oktober ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*