Kejam !!! Gadis diperkosa dibakar hidup-hidup

Gambar sekadar hiasan

Seorang remaja perempuan yang hamil akibat diperkosa tiga bulan lalu cedera parah akibat dibakar hidup-hidup di bandar Mainpuri dekat negeri Uttar Pradesh, India, lapor laman berita India Today semalam.

Polis ketika ini berusaha memberkas tiga suspek yang terlibat dalam jenayah tersebut.

Ibu mangsa mendakwa bahawa anak perempuannya diperkosa oleh seorang lelaki yang tinggal di kampung sama tetapi mangsa tidak memberitahu keluarganya mengenai kejadian tersebut.

Gadis itu mengadu mengalami sakit perut yang teruk sebelum disahkan hamil setelah menjalani pemeriksaan.

Pada 6 Oktober lalu, jawatankuasa keselamatan kampung mengarahkan suspek untuk berkahwin dengan mangsa.

Ibu kepada suspek kemudian membawa gadis itu pulang ke rumah mereka, menyimbah petrol dan cuba membunuhnya, dakwa keluarga mangsa.

Mangsa yang mengalami kesan melecur yang teruk telah dimasukkan ke hospital di Mainpuri.

Suspek sedang diburu dan tangkapan akan dibuat tidak lama lagi, kata polis.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*