Kejam !!! Gadis 21 tahun buang bayi baru lahir di saluran air bumbung rumah

Kejam !!! Gadis 21 tahun buang bayi baru lahir di saluran air bumbung rumah.  Akibat malu melahirkan anak luar nikah, seorang ibu muda berusia 21 tahun tergamak membuang bayi yang baru dilahirkannya di saluran air di bumbung rumah majikannya.

Bayi tersebut merupakan anak daripada hasil keterlanjuran suspek dengan teman lelakinya pada November lalu. Menurut sumber, suspek dikatakan mengalami sakit di bahagian perut sejak 26 Ogos yang lalu.

Pada keesokan harinya, suspek yang bekerja sebagai pembantu rumah telah melahirkan seorang bayi perempuan tanpa bantuan sesiapa di dalam bilik tidur di rumah majikannya. Suspek yang mula bimbang kelahirannya itu diketahui majikan kemudian nekad meletakkan bayi tersebut di bahagian saluran air bumbung rumah tiga tingkat itu.

Lebih meruntun hati apabila mengetahui bayi malang itu seharian bermalam di luar rumah sebelum tangisannya didengari penghuni lain di rumah berkenaan. Mereka kemudian mencari suara tangisan tersebut dan akhirnya menemui bayi itu di atas bumbung. Ketika ditemukan, bayi tersebut berada dalam keadaan masih bertali pusat dan badannya berlumuran darah yang sudah kering.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan keadaannya dikatakan semakin baik. Difahamkan, kes tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis dan Badan Tindakan Bencana Daerah (BPBD). Sementara itu, ibu bayi tersebut yang mengaku akan tindakannya itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*