Kehilangan tiga anak sekali gus, suasana pilu selubungi Hospital Rompin

Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Rompin apabila sanak saudara dan rakan-rakan tiga beradik yang maut dalam kejadian kemalangan ngeri berkumpul.

Paling menyayat hati apabila ibu mangsa Norezah Rejab, 51, dan dua anak perempuannya tidak mampu berkata-kata dan hanya menahan sebak apabila kehilangan tiga anak sekali gus.

Jenazah ketiga-tiga mangsa kemudiannya dimandikan dan disembahyangkan di Hospital Rompin sebelum dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pianggu, di sini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*