‘Kegilaan’ isteri kejar populariti di media sosial undang ‘padah’.
Seorang lelaki nekad menceraikan isterinya selepas wanita itu menjadi obses dengan kesempurnaan hidup yang ditayang dalam akaun media sosialnya, lapor laman Newsweek.
Menurut lelaki berusia 30-an itu, ‘kegilaan’ isterinya terhadap populariti media sosial semakin menjadi-jadi selepas kelahiran anak perempuan mereka yang membuatkan pengikutnya bertambah sebanyak 400,000 orang.
Bagi memastikan setiap sudut rakaman dalam rumah mereka kelihatan sempurna, lelaki itu dilarang mengubah suai apa-apa tanpa kebenaran isterinya.
Turut baca
- {VIDEO} “Boleh langgar buat apa berhenti…” Netizen puas hati lihat ‘king’ kemek dirempuh motor
- {VIDEO} Punca bayi dibuang oleh ibu di Pasar Malam buat ramai terkejut
- “Ibu ada tapi kurang mampu…” Siapa wajib bertanggungjawab ke atas anak-anak kematian bapa? Ini penjelasannya
“Dia memuat naik kemas kini kehidupan kami ke laman sosial dan ia perlu kelihatan sempurna tanpa cacat cela.
“Selama bertahun-tahun perkara ini berterusan dan saya sudah tidak mampu bersabar. Saya seperti hidup dalam rakaman status Instagram atau muzium yang kaku dan tidak bernyawa,” tulisnya dalam pengakuan di Reddit.
Tambah lelaki itu lagi, anak perempuan mereka turut mendapat tempias sikap buruk ibunya apabila kanak-kanak itu hampir tidak mempunyai sebarang permainan.
Alasan yang diberikan adalah permainan akan merosakkan sudut pandang estetik rumah dan menyakitkan mata apabila disepahkan.
“Semua kemas kini isteri saya tentang kehidupan, rumah dan hubungan kami adalah palsu. Dia hanya kelihatan bahagia kerana ia bagus untuk meraih populariti.
“Namun selepas ini, dia boleh melakukan apa sahaja yang diingini tanpa menjadikan saya atau anak kami sebagai bahan hiasan,” ujar lelaki itu.
Leave a Reply