KECOH apabila bapa penyanyi tersohor Indonesia Ayu Ting-ting, dirakam begaduh dan berbalah dengan jemaah haji dari Malaysia ketika menunaikan ibadah tersebut pada Isnin.
Individu berkenaan yang dikenali sebagai Abdul Rozak ataupun Ayah Ojak, mendakwa negaranya digelar miskin ketika kejadian.
Tampil mempertahankan tuduhan itu, Ayah Ojak kemudiannya membidas tuduhan jemaah Malaysia terbabit dan mengatakan bahawa kebanyakan pekerja di negara itu merupakan warga Indonesia dan rata-ratanya berjaya.
Berang dengan situasi itu, dia memberikan amaran kepada mereka yang menghina Indonesia supaya tidak bercakap sambil lewa.
“Jangan hina negara saya, saya Indonesia, terdapat ramai orang yang berjaya bukan hanya Malaysia,” katanya ketika kejadian.
Turut baca :
Leave a Reply