Kebenaran merokok di pejabat ditolak, peguam cabar kerajaan, KKM di mahkamah

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla memfailkan semakan kehakiman terhadap larangan merokok di pejabat yang bermula hari ini.

Dia menamakan kerajaan sebagai defendan pertama dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai defendan kedua dalam pemfailan atas talian yang dibuatnya semalam.

“Saya juga sudah memberi peluang kepada semua pihak termasuk pekerja saya sama ada mereka mahu terus berkhidmat atau jika mereka tidak bersetuju mereka boleh berhenti dan saya akan memberikan mereka sejumlah pampasan.

“Saya juga sudah memaklumkan kepada anak guam bahawa mereka boleh datang ke sini dan ambil semula fail kes masing-masing jika mereka tidak suka berurusan dengan peguam yang menghisap rokok di pejabat.

“Ketiga, saya juga sudah meletakkan notis di luar pejabat sejak Oktober lalu memaklumkan bahawa sesiapa tidak suka berurusan dengan peguam merokok mereka tidak perlu ke sini kerana ini adalah kawasan merokok,” katanya pada satu kenyataan.

Permohonan semakan kehakiman itu dibuat atas kapasiti peribadi, jelas Haniff.

Katanya, semakan kehakiman itu dibuat berdasarkan hujah pejabatnya sepenuhnya milik dirinya.

Pada Oktober lalu, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad mengumumkan kedai dobi dan bangunan pejabat akan dikenakan sekatan sebagai zon larangan merokok di bawah Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bermula 1 Januari 2025.

Akta 852 merangkumi peraturan mengenai pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.

Akta ini mengenakan syarat yang lebih ketat ke atas penjual rokok dan vape, termasuk larangan mempamerkan produk secara terbuka di premis perniagaan.

Bagi kesalahan pertama, denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya, boleh dikenakan. Untuk kesalahan kedua atau seterusnya, hukuman lebih berat dikenakan, dengan denda sehingga RM30,000, penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya.

Haniff berkata dia telah menghantar surat kepada menteri kesihatan pada 29 November untuk meminta pengecualian bagi pejabatnya daripada larangan tersebut.

Namun, KKM tidak meluluskan permintaan itu dengan alasan tiada peruntukan untuk pengecualian, jelasnya.

“Saya juga tidak paksa pekerja dan anak guam saya untuk mengambil asap rokok. Malah, perbuatan merokok adalah masih sah dan halal mengikut undang-undang sivil sedia ada di Malaysia sekarang.

“Jadi janganlah menjadi amalan merokok di tempat kerja dan ruang peribadi saya adalah haram di sisi undang-undang,” katanya.

Haniff berkata dia telah meletakkan notis di luar pejabatnya sejak Oktober lalu untuk memaklumkan pejabatnya terletak di zon merokok.

Namun, KKM tidak meluluskan permintaan itu dengan alasan tiada peruntukan untuk pengecualian, jelasnya.

“Saya juga tidak paksa pekerja dan anak guam saya untuk mengambil asap rokok. Malah, perbuatan merokok adalah masih sah dan halal mengikut undang-undang sivil sedia ada di Malaysia sekarang.

“Jadi janganlah menjadi amalan merokok di tempat kerja dan ruang peribadi saya adalah haram di sisi undang-undang,” katanya.

Haniff berkata dia telah meletakkan notis di luar pejabatnya sejak Oktober lalu untuk memaklumkan pejabatnya terletak di zon merokok.

“Justeru itu sekarang kenapa KKM mahu menghalang saya merokok di kawasan peribadi dan saya tidak mengganggu orang lain,” katanya.

Menurut CodeBlue, peguam negara ketika itu, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, berpendapat peruntukan GEG “tidak berperlembagaan” kerana melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesamarataan di sisi undang-undang.

Ini kerana peruntukan tersebut menyediakan dua set undang-undang untuk dua kumpulan umur yang berbeza, menurut sumber berita kesihatan itu.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*