“Kau siapa nak hukum semberono macam tu…” Netizen baran tengok uncle kena pukul beramai-ramai di tepi jalan

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X tentang pergaduhan di tepi jalan raya

Dapat dilihat sebuah kereta Proton Saga merah berhenti di tepi jalan raya akibat kemalangan. Bumper di bahagian depan keretanya dilihat jatuh dan kemek.

Pemandu warga emas itu dan seorang lagi lelaki yang diyakini sebagai penumpang turut keluar daripada kereta itu.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila datangnya seorang lelaki ke arah uncle warga emas dan mereka dilihat berbalah seketika.

Lelaki tersebut megamuk sehingga memberikan tumbukan yang kuat pada uncle itu. Uncle itu dilihat tersepit sambil menahan sakit di belakang pintu kereta.

Turut baca :

Bukan setakat itu, kelihatan seorang lagi lelaki berbaju putih dan pemandu Hilux ke arah uncle tersebut. Dalam rakaman, lelaki berbaju putih itu dilihat menunjal kepala warga emas berkenaan.

Ada yang dakwa uncle itu membuat kesilapan langgar lampu merah dan bas sekolah

“Uncle ni langgar lampu merah dan bas budak balik sekolah penuh dengan budak sekolah rendah. Ada yang tercedera dan pengsan. Sekali pun uncle tu salah, tak perlu buat macam tu. Moral of the story, nak pecut waktu lampu hijau. Bukan lampu dah kuning or merah baru nak tekan pedal”, tulis salah seorang netizen di laman X.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 580.2K views, 3K reposts dan 3K likes di laman X, netizen turut berang dengan perangai lelaki yang bertindak memukul uncle itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*