ISU kecurangan dilihat seperti penyakit yang semakin menular ketika ini dan seperti tiada penawarnya. Kehadiran orang ketiga dalam melayari bahtera perkahwinan menjadi punca keretakan yang akhirnya membawa kepada penceraian.
Terbaharu, tular satu video memaparkan seorang lelaki naik berang setelah melihat isterinya berdua-duaan dengan seorang lelaki di sebuah hotel.
Video yang dimuat naik di laman media sosial Twitter nan_manjoi8715 menjadi tular sejak Isnin.
“Isteri kantoi curang dalam hotel tapi bagitahu suami tidak buat apa-apa,” ciapnya.
Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat sedang berada di pintu luar tempat penginapan berkenaan sebelum menerjah masuk ke bilik hotel tersebut.
“Apa yang kau buat ini? Apa yang kau buat ini dalam bilik hotel berdua-duan?
“Kau jangan main gila dengan aku. Kau kesian dengan anak kau?
“Satu hotel, satu bilik kau kata tak buat apa-apa,” jerit lelaki tersebut kepada isterinya.
Turut baca :
- {VIDEO} ‘Benteng Puaka’ menghantui penduduk Rantau Panjang
- {VIDEO} “Ya ALLAH anak aku…” Ibu kongsi detik cemas tertinggal anak di homestay
Lelaki itu kemudiannya dilihat menampar isterinya dan memaki hamun akibat terlalu marah dengan kejadian tersebut.
Turut kedengaran, suara seorang lelaki disyaki saudara kepada suami wanita itu cuba menenangkan keadaan dan meminta wanita itu untuk keluar seketika sehingga situasi menjadi tenang.
Difahamkan anak kepada pasangan suami isteri itu turut berada di hotel itu.
Setakat ini, video itu mendapat lebih 800 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi warganet.
Menurut @sheisshortcut, zaman sekarang sudah ramai yang tidak menghormati pasangan masing-masing.
Bagi @muhdfathullah, tindakan lelaki itu membawa anaknya boleh menyebabkan trauma kepada kanak-kanak tersebut.
“Jangan bawa anak masuk dalam bilik itu. Asingkan anak dalam pertelingkahan suami isteri,” ciapnya.
Tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu sebenar kejadian itu berlaku.
Leave a Reply