“Kami ikut peraturan…” Guru KAFA tolak vaksin akan ditamatkan kontrak

“Kami ikut peraturan…” Guru KAFA tolak vaksin akan ditamatkan kontrak.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa pihaknya tetap akan menamatkan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) yang menolak pengambilan vaksin Covid-19.

Kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, tindakan itu dibuat pihaknya seleas kumpulan berkenaan dinasihati banyak kali untuk mendapatkan dos vaksin berkenaan.

“Kami mengikut peraturan dan prosedur undang-undang. Kami beri ingatan dan nasihat, jika tidak ikut juga. kami tidak mempunyai pilihan lain (tamatkan kontrak).

“Perkara ini (nasihat untuk ambil vaksin) masih tak diikuti, jadi pihak kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu tindakan tegas supaya tidak menjadi ikutan kepada yang lain.”

Sebelum ini, tular isu berkaitan pasangan suami isteri guru Kafa ditamatkan kontrak perkhidmatannya kerana menolak vaksin Covid-19.

Susulan perkara itu, Menteri Besar Selangor memaklumkan pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada Jais berhubung perkara tersebut.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*