Kahwin usia 15 tahun, dipenjara 19 tahun, digantung 29 tahun, kisah pilu Samira Sabzian undang air mata seluruh dunia

DI SEBALIK nama wanita Iran, Samira Sabzian, 29, ada kisah yang memilukan. menjadi ‘pengantin kanak-kanak’ pada usia 15 tahun, hari ini namanya menjadi sebutan serata dunia selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

“Pagi ini, hukuman mati terhadap Samira Sabzian, seorang pengantin perempuan yang disabitkan dengan ‘membunuh secara sengaja’ suaminya, telah dilaksanakan,” lapor sebuah organisasi hak asasi manusia Hak Asasi Manusia Iran (IHR) yang berpangkalan di Norway pada 20 Disember.

Kisah tragis bermula apabila Samira berkahwin ketika berumur 15 tahun dengan lelaki pilihan keluarga. Malah perkahwinannya pada 2009 itu juga dipercayai diatur oleh orang tuanya.

Sama seperti wanita lain, Samira berharap mahligai yang dibina bahagia dan kekal hingga ke syurga.

Namun harapan Samira tersasar apabila sang suami yang diharap menjaga dan melindungi rupanya seorang pendera.

Suaminya juga seorang kaki pukul menjadikan kehidupan wanita itu suram dan tidak bahagia. Penderitaannya berlarutan selama beberapa tahun.

Beliau sempat melahirkan dua zuriat, namun disebabkan tidak tahan lagi menjadi mangsa keganasan, Samira bertindak menamatkan riwayat suaminya pada empat tahun kemudian. Ketika itu, anak bongsunya baharu mencecah usia enam bulan!

Tahun 2013 menjadi titik hitam dalam hidupnya. Ketika usia semuda 19 tahun, Samira ditangkap pihak berkuasa dan dipenjarakan.

Bermula dari detik itu, beliau tidak lagi berpeluang menatap wajah dua orang anaknya.

IHR memetik sumber sebagai berkata, Samira pada mulanya enggan bertemu anak-anaknya di penjara dengan harapan mendapat pengampunan daripada ibu bapa suaminya.

Malah, hak penjagaan anak-anak itu juga diberikan kepada saudara-mara sebelah suaminya.

Sebagai info, di bawah undang-undang Iran, wanita tidak boleh menuntut cerai walaupun dalam kes keganasan rumah tangga.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*