Kahwin tanpa restu keluarga, abang penggal kepala adik

Seorang lelaki memenggal kepala adik perempuannya yang masih remaja kerana berkahwin tanpa restu keluarga, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Aashifa, 18, yang tinggal di bandar Barabanki, negeri Uttar Pradesh nekad melarikan diri untuk berkahwin bersama pasangannya, Chand Babu.

Mereka berdua dikatakan berasal dari kampung yang sama.

Abang Aashifa, Riyaz, 22, tidak menyukai hubungan mereka dan membunuh adiknya sebelum membawa kepala mangsa yang putus di dalam beg.

Dalam satu rakaman video mengerikan, Riyaz dilihat berjalan ke arah balai polis Fatehpur sambil membawa kepala Aashifa.

Orang ramai yang melihat Riyaz membawa beg berlumuran darah itu kemudian melaporkannya kepada polis.

Aashifa ingin berkahwin dengan lelaki pilihannya tetapi ditentang Riyaz dan bapanya, Abdul Rashid.

The Economic Times melaporkan, pembunuhan kejam itu mencetuskan kemarahan di seluruh India terhadap kawalan saudara lelaki terhadap anggota keluarga wanita.

Media tempatan melaporkan, bedah siasat telah dijalankan berikutan pembunuhan Aashifa dan operasi mengumpul bukti di tempat kejadian dijalankan. – Agensi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*