Menurut laporan satu kajian Seeking Arrangement, negara Malaysia telah tersenarai dalam top 10 sebagai negara di Asia Tenggara yang mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ tertinggi iaitu seramai 32,5oo orang.
Malaysia duduki tempat ketiga
Susulan mempunyai jumlah sebanyak itu, Malaysia menduduki tempat ketiga, di mana tempat pertama diduduki oleh negara India dan kedua adalah Indonesia.
Dapat dilihat dalam laporan kajian tersebut, India mempunyai seramai 338,00o ‘sugar daddy’, Indonesia seramai 60,250 dan Malaysia bersama-sama Jepun mempunyai seramai 32,500.
Jumlah yang merisaukan
Susulan mempunyai bilangan yang ramai, pelbagai reaksi tercetus daripada di kalangan masyarakat, di mana ada yang merasakan ia sebagai satu bentuk eksploitasi dan ada juga berpendapat ia adalah pilihan peribadi.
Untuk info ramai, ‘sugar daddy’ merupakan seorang lelaki yang lebih berusia memberi sokongan kewangan kepada pasangan yang lebih muda, di mana ia perlu dibalas dengan berteman atau hubungan romantik.
Baca juga :
Anwar bidas pengkritik, perlekeh langkah Malaysia bantu Gaza
Leave a Reply