Judi online di sebalik kondominium, bangunan pejabat masuk ‘jerat’

Kegiatan tiga sindiket judi dalam talian yang beroperasi di sebalik kondominium dan bangunan pejabat di sekitar ibu negara terbongkar selepas digempur polis baru-baru ini.

Lima premis itu diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bermula 29 Mei hingga 11 Jun lalu.

Menurut sumber, operasi khas yang dijalankan telah berjaya menahan 17 individu berusia lingkungan 20 hingga 42 tahun yang terdiri daripada tujuh lelaki dan 10 wanita dengan rampasan pelbagai jenis set komputer, komputer riba, telefon bimbit dan tablet serta kredit limit dengan keseluruhan anggaran nilai RM4.9 juta.

“Semakan mendapati suspek membabitkan empat warga Indonesia, seorang Thailand dan selebihnya warga tempatan.

“Soal siasat mendapati mereka ini berperanan menjalankan promosi, menerima dan memindahkan wang pertaruhan yang diterima daripada pelanggan tanpa bersemuka dan semua transaksi di alam maya,” katanya pada Selasa.

Tambah sumber, operator bertindak sebagai orang tengah bagi pemudahcara kepada pelanggan. Pelanggan akan berhubung hanya perlu melalui WhatsApp atau Telegram bagi jenis permainan yang ingin dimainkan bersama kemasukan wang pertaruhan melalui pindahan dalam talian.

Katanya, operator akan membuka satu akaun baharu kepada pelanggan dengan memberikan ID dan kata laluan pelanggan setelah pelanggan menyatakan untuk mendaftar.

“Operator akan membuat pembayaran wang kemenangan terus kepada akaun pelanggan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*