Jiran sekeliling anggap wanita ini gila kerana beli 43 palet kayu, rupanya…

Palet kayu adalah barangan biasa yang sering kita pandang remeh setelah ia digunakan.

Hanya sering digunakan untuk mengangkat muatan berat dan diperbuat daripada kayu, palet kayu tidak kelihatan begitu menakjubkan. Namun begitu, sejak baru-baru ini, semakin ramai individu gemar menggunakan semula barangan rumah sebaik mungkin, dan palet kayu semakin popular untuk dipelbagaikan kegunannya selain untuk menyalakan unggun api semata-mata. Kami akan mempersembahkan kepada anda, satu idea paling luar biasa yang belum pernah anda lihat berkaitan dengan palet kayu – malahan mungkin ia akan mendorong anda untuk turut menghasilkannya sendiri, manalah tahu bukan?

 Jiran sekeliling anggap wanita ini gila kerana beli 43 palet kayu, rupanya...

Palet senantiasa dianggap sebagai bahan pakai buang, tetapi sebenarnya ia merupakan bahan yang sangat penting dalam revolusi logistik. Percaya atau tidak, ciptaan mudah pada abad ke-20 ini adalah antara faktor yang menjadikan sistem pengangkutan mampu berkembang dengan pantas! Jika anda melihatnya dengan lebih teliti, ianya sebenarnya merupakan blok binaan bagi perabot rumah buatan sendiri yang sangat sempurna kerana mampu menyokong muatan berat. Ini tentu sekali membuatkan palet mampu dilihat dengan perspektif yang berbeza, bukan?

Wanita ini menunjukkan hasil kejutan luar biasa apabila beliau memutuskan untuk membina sendiri perabot ini. Apa yang beliau perlukan hanyalah 43 keping palet kayu, pemikiran yang kreatif dan sedikit kerja-kerja tangan. Walaupun ia kelihatan seperti semudah menyusun palet, megecatnya dan kerja telah pun selesai, tetapi hakikatnya, beliau telah melakukan kerja yang lebih banyak daripada itu.

 Jiran sekeliling anggap wanita ini gila kerana beli 43 palet kayu, rupanya...

Palet kayu secara semulajadi memang kelihatan agak kasar, jadi beliau perlu membersihkan permukaan palet dan membuang segala serpihan kayu atau selumbar dengan menggosoknya dengan kertas pasir. Ini merupakan langkah yang paling sukar dan memerlukan banyak tenaga, walaupun dengan bantuan mesin eletrik. Bayangkan serpihan kayu yang sentiasa berterbangan ketika proses ini berjalan, sudah pasti ianya lebih mudah untuk membeli sahaja perabot di kedai – tetapi tidak sepuas jika kita membinanya sendiri, betul bukan!

 Jiran sekeliling anggap wanita ini gila kerana beli 43 palet kayu, rupanya...

Seterusnya, beliau mengecat kesemua kepingan palet dengan warna putih, sebelum menyusun dan membina perabot taman beliau yang amat mempesonakan. Beliau menggunakan penyembur cat automatik, dimana ia telah membantu untuk mempercepatkan proses dan juga supaya kelihatan lebih kemas. Beliau kemudian menghampar palet di atas kepingan plastik yang besar, semburnya dengan cat dan biarkannya kering sendiri selama seharian. Ianya adalah idea yang bagus untuk menyapu lapisan pelindung pada permukaan palet, terutama sekali apabila anda merancang untuk meletakkanya di luar. Taman milik wanita ini telah pun kelihatan indah dan lengkap dengan laman rumput yang cantik, sebenarnya. Tetapi sudah tentu akan menjadi lebih menarik dengan tambahan binaan yang bakal beliau tempatkan di sini, bukan?

 Jiran sekeliling anggap wanita ini gila kerana beli 43 palet kayu, rupanya...

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*