Jenazah komposer legenda Allahyarham S Atan selamat dikebumikan di Kajang

Jenazah komposer legenda Allahyarham S Atan atau nama sebenarnya nama sebenarnya, Hashim Said, 75 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang, pukul 11.07 pagi tadi.

Pengebumian itu berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan peminat yang datang memberikan penghormatan terakhir.

Antara selebriti yang menziarah ialah Datuk M. Nasir, Datuk Dj Dave, Jatt Ali, Liza Abdullah, Zeela Jalil, Datuk Aznil Haji Nawawi

Terdahulu, jenazah dimandi dan disolatkan di Masjid Jamek Bandar Kajang.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kajang pada jam 3.53 petang, Sabtu lalu akibat komplikasi jantung.

Antara lagu ciptaan arwah yang menjadi siulan adalah Tak Kenal Maka Tak Cinta, Pandang-Pandang Jeling-Jeling dan deretan lagu raya seperti berstatus ‘evergreen’ seperti Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Balik Kampung, Menjelang Hari Raya, Cahaya Aidilfitri, Indahnya Beraya Di Desa, Salam Aidilfitri, Hari Mulia (Datuk Sheila Majid) dan banyak lagi.

Allahyarham S Atan pernah melakar nama sebagai antara komposer terbaik negara dan akan terus dikenang menerusi karya-karya agungnya yang menjadi legasi seni tanah air.

Antara penyanyi terkenal yang pernah mengalunkan muziknya yang mencecah melebihi 1,000 karya lagu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Tan Sri S. M. Salim, Datuk DJ Dave, Datuk Sharifah Aini, Datuk Dato’ Jamal Abdillah, Carefree, Black Dog Bone, Dato’ M. Nasir dan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dengan enam orang anak dan 10 cucu.

Arwah juga memiliki empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*