Jemaah umrah pakai bunga matahari atas kepala undang pelbagai reaksi

MEKAH – Sekumpulan jemaah Indonesia mengundang perhatian ramai kerana memakai telekung bersama bunga di atas kepala secara beramai-ramai ketika menunaikan ibadah umrah di kota suci Mekah, lapor portal berita Abatanews semalam.

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @infodepok memaparkan jemaah wanita itu sedang berjalan sambil berzikir, menyertai jemaah dari negara-negara lain.

Lebih menarik, kesemua wanita tersebut memakai warna dan corak telekung yang sama.

Bukan itu sahaja, mereka juga meletakkan bunga matahari palsu di atas kepala.

Rakaman itu mencatatkan lebih 5.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Bagus! Biar tiada jemaah yang sesat dan mudah untuk dicari,” kata seorang netizen.

“Perangai unik dan pelik mesti dari Indonesia,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*