Jangan suka-suka lipat kelopak mata, ini kesannya…

PETALING JAYA – Perbuatan melipat kelopak mata untuk bergurau atau sekadar suka-suka boleh membawa mudarat terhadap kesihatan mata.

Menurut hantaran di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), tindakan tersebut juga boleh meningkatkan risiko jangkitan dan memberi kesan terhadap kesihatan mata.

“Selain jangkitan dan kesan calar pada kornea, otot kelopak mata juga boleh rosak,” katanya.

Menurut PHM, otot-otot pada kelopak mata adalah halus, nipis dan sangat sensitif.

Salah satu komplikasi yang boleh berlaku disebabkan perbuatan ini adalah ptosis, satu kondisi yang menyebabkan kelopak mata seseorang terjatuh.

Kelopak mata penghidap ptosis kadangkala akan ‘terjatuh’ sehingga menghalang pandangan.

Jangan suka-suka lipat kelopak mata, ini kesannya...

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai bersetuju bahawa terlalu ramai yang bertindak melipat kelopak mata dengan tujuan untuk menyakat atau sekadar suka-suka.

Menurut Zamri, dia pernah melipat kelopak mata ketika kecil tetapi sudah tidak melakukannya setelah dewasa.

“Dulu saya pandai buat, tetapi sekarang tidak lagi. Ada hikmah rupanya,” katanya.

“Kenalah lipat, terutamanya ketika mengusik orang lain, konon-konon hendak jadi hantu,” kata seorang lagi pengguna.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*