Jangan risau okay?, Misha Omar sangkal ditahan polis bersama pil kuda

PENYANYI Misha Omar menyangkal dakwaan dia adalah individu ditahan pihak polis bersama pil kuda pada Jumaat.

Walaupun berasal dari Kelantan, Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 42, meminta peminat tidak berasa bimbang dan dia berada dalam keadaan baik.

“Terima kasih kepada yang kongsi artikel itu dan bertanyakan sama ada saya okay atau tidak.

“Itu bukan saya ya semua… Jangan risau okay?,” katanya.

Misha berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, penyanyi Idayu turut menafikan dia adalah individu dimaksudkan.

Kata Idayu atau Nur Farah Idayu Yaakob, 39, ramai mengaitkan namanya dalam hal tersebut dan memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

“Ramai betul yang tag saya, kes penyanyi wanita asal Kelantan kena tahan bersama pil.

“Aiyo, bukan kak Yuyu (panggilan Idayu) ya. Harap bertenang,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand.

Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil dipercayai pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.

Difahamkan, kesemua suspek termasuk tiga wanita ditahan di sebuah bilik hotel selepas mereka dikatakan selesai berhibur di pusat hiburan.

Sumber berkata, ketika serbuan pada pukul 5 pagi itu mereka yang ditahan sedang berehat di dalam bilik.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir netizen memetik nama Misha sebagai salah seorang individu yang terlibat dalam penangkapan pihak polis tersebut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*