“Jangan kata abang tak payung… JPJ tawar kompaun khas RM150 bagi tiga kesalahan

“Jangan kata abang tak payung… JPJ tawar kompaun khas RM150 bagi tiga kesalahan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan inisiatif kadar kompaun khas tetap RM150 kepada lebih dua juta penerima saman agensi itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan terhad dalam tempoh masa enam bulan bermula esok hingga 30 Jun depan.

Katanya, ia melibatkan tiga notis saman JPJ iaitu Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115).

“Usaha itu diharapkan dapat meringankan beban rakyat kerana pihak JPJ sendiri selama ini memang tidak pernah menyediakan kadar diskaun untuk segala saman,” katanya selepas merasmikan Pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Putrajaya hari ini.

Anthony Loke berkata, pembayaran boleh dilakukan melalui pelbagai saluran antaranya di kaunter JPJ, portal awam, kios JPJ, kaunter mobile JPJ serta aplikasi myJPJ.

Pembayaran kompaun khas itu ujarnya, tidak boleh dilakukan melalui saluran MyEG dan di pejabat Pos Malaysia.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*