BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada membuat kejutan dalam media sosial dengan memuat naik tangkap layar perbualan berbaur ‘lucah’ bekas suaminya dengan seorang wanita dipercayai dilakukan pada Januari tahun lalu.
Shuhada, 30, berkata, pendedahan ‘panas’ itu dikongsi kepada umum selepas Hafidz yang didakwa memulakan perang antara mereka ketika ini.
“Kau memang berani, sebab kau yang salah. Aku pegang aib kau yang amat besar ini, aku ada semua bro, semua.
Kita nak selesaikan di mahkamah? Tak jadi dan hendak selesaikan di sini?
“Takut tak sempat nak masuk set penggambaran, orang (produksi) buang nama awak.
Ini perbualan antara pelakon dan bekas suami saya. Untuk pengetahuan, perbualan ini diberi oleh pelakon sendiri sebab hendak buktikan dia mampu untuk memuaskan si dia,” kata dalam Instagram.
Dakwa Shuhada, selain perbualan, dia turut mempunyai bukti rakaman audio dan pengakuan pasangan berkenaan.
Tak sabar pula nak kongsi semuanya. Kepada awak, bersedia, ini bermakna perang.
“Mahkamah tak mahkamah, letak tepi. Kau yang mula dulu. Beritahu nak mana dulu?
Kalian nak baca perbualan antara pencurang dan pelakon atau rakaman suara? Pilih,” kongsinya.
Katanya, dia bertindak mendedahkan bukti tersebut kerana tidak dapat lagi menahan sabar ibunya dimalukan.
Selama 18 bulan saya sabar! Kau yang mula dulu maka sila bincangkan. Saya pegang kata-kata ‘jangan mula dulu Shu kalau dia yang sebar baru kongsi.’
“Disebabkan perbualan mama saya mempertahankan saya pun dimalukan, silakan menjamu hidangan.
Jangan jolok sarang tebuan! Kau sentuh aku! Kau sentuh mak dan anak-anak aku, jumpa di mahkamah,” luahnya.
Dalam perkongsian berbeza, dia turut memberi amaran kepada Hafidz agar jangan mengaitkan dirinya lagi dalam mana-mana hal ketika ini.
“Jangan! Aku cakap jangan sentuh aku dan nak tengok jauh mana aku pergi?
Okey, saya seru kepada semua yang berkelapangan pada 3 Julai depan, perbicaraan kes jenayah (tumbuk) akan berlansung di Mahkamah Tinggi Kuala Kubu Bharu.
“Mari bawa sepanduk ‘berani kerana benar’, ujarnya.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun.
Hafidz kemudiannya bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu.
Turut baca :
- “Isteri kata dia sunyi”- Rupanya…
- {VIDEO} “Cepat benar buruk sangka… Pelantikan Tokti sebagai pakar di Universiti Malaya undang respon negatif waganet, Aznil tampil perjelas hal sebenar
- {VIDEO} “Motosikal ditunggang bersama isteri hangus terbakar… Rider kecewa tiada pemadam api, dakwa tidak dibantu RELA di CIQ
Leave a Reply