“Jangan jadi pondan…” Terima banyak mesej penuh kata-kata kesat, PU Syed cabar ‘face to face’

“Jangan jadi pondan…” Terima banyak mesej penuh kata-kata kesat, PU Syed cabar ‘face to face’. Pendakwah bebas, PU Syed memang selalu lantang bersuara dan menegur perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Paling kerap yang kita baca adalah kritikannya berkenaan acara-acara hiburan di Malaysia terutamanya konsert yang diadakan besar-besaran membabitkan selebriti antarabangsa.

Namun begitu, tidak semua orang bersetuju dengan pendapat atau kata-kata yang dilontarkan oleh PU Syed berkenaan hal sebegitu.

Malah, dia pernah dikritik kerana didakwa hanya lantang jika membabitkan artis antarabangsa tetapi berdiam diri ketika selebriti Indonesia mengadakan konsert di Malaysia.

Menerusi Instagram, dia mendedahkan mesej yang diterimanya oleh beberapa individu tidak dikenalinya di aplikasi tersebut.

Berdasarkan beberapa screenshot dimuat naik olehnya, kebanyakan mesej yang dihantar kepadanya itu mengandungi kata-kata kesat dan makian.

PU Syed bagaimanapun langsung tidak terkesan dengan mesej sebegitu malah dia sendiri turut mencabar mereka yang memakinya untuk berjumpa depan mata.

Ramai pengikutnya yang mengingatkan PU Syed untuk bersabar dan ada yang berkata mahu sertainya untuk berjumpa dengan mereka itu.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*