‘Jandakan’ isteri sebab nak bersama dengan janda

‘Jandakan’ isteri sebab nak bersama dengan janda. Seorang lelaki menceritakan kisah dirinya yang mula tawar hati terhadap isteri kerana masih mencintai bekas kekasihnya meskipun sudah berkahwin selama empat tahun dan kini mempunyai dua orang cahaya mata.

Kisah berkenaan dikongsikan oleh TwtWedding menerusi satu ciapan di laman Twitter. Sebelum berkahwin dia cuba untuk menghamilkan bekas teman wanita kerana ingin memutuskan tali pertunangan bersama isterinya, namun wanita berkenaan tetap meninggalkannya kerana lelaki tersebut merupakan tunang orang.

Aku dah kahwin selama 4 tahun dengan tunang aku. Anak 2 dah tapi aku dah lama tawar hati dengan dia. Sebelum kahwin, saya cuba untuk hamilkan bekas kekasih untuk putuskan tunang tapi dia tinggalkan saya sebab masa tu saya tunang orang.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan turut mengakui bahawa dia berkahwin dengan isterinya hanya kerana ingin melupakan bekas kekasih tetapi tidak pernah berhenti mencintainya.

Lepas kahwin, dia kahwin. Ex (bekas kekasih) aku single mom sekarang ni. Long short story, aku start contact dia. Dia masih cintakan aku dan aku pun cintakan dia. Kami spent masa bersama.

Aku rasa nak ceraikan isteri aku tapi kesian tak ada orang nak jagakan anak. Bagi aku stay dalam perkahwinan tanpa cinta adalah sesuatu yang tidak berbaloi.

Ujarnya, dia bersama isterinya tidak bercakap meskipun mereka tinggal bersama. Malah, jika ingin bercakap kedua-duanya akan berhubung melalui mesej. Si suami turut mengakui bahawa dia silap berkahwin dengan orang yang tidak disayanginya.

Susah nak communicate sebab dia degil. Stay sebab anak pun susah sebab lambat laun anak tahu kami tak serasi. Silap aku kahwin dengan orang tak cinta. Ada anak pulak tu.

Sepanjang perkahwinannya, dia mencari seseorang yang sama seperti bekas teman wanita dan menggunakan orang lain untuk melupakan orang yang dicintainya itu.

Aku ada keep in touch dengan girl ni dulu dia macam ex aku. Ya aku curang. Aku tak boleh lupakan ex aku dan aku gunakan orang lain. Tapi sekarang aku macam ada peluang nak dapatkan ex aku tu.

Lelaki berkenaan berasa buntu sama ada perlu menceraikan isterinya atau tidak. Dalam masa yang sama, dia tidak mahu kemurungan kerana kehilangan bekas teman wanitanya lagi.

Patut tak aku ceraikan isteri aku? Anak aku masih boleh bagi nafkah. Wife tak kerja tapi that’s on her. Dia tak happy dengan aku dan aku pun tak happy dengan dia.

Aku tak nak fall depress lagi dengan kehilangan ex kau. Dia adalah segalanya untuk aku.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*