Seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga anak dan teman lelakinya bakal berhadapan hukuman sebatan ekoran ditahan berkhalwat buat kali kedua di Kuala Ibai di sini, Selasa lalu.
Wanita berusia 36 tahun tersebut ditahan bersama pasangannya dalam serbuan pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada pukul 3 pagi.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, sewaktu ditahan, janda berkenaan didapati berduaan dalam keadaan mencurigakan bersama seorang lelaki berumur 32 tahun di rumah sewanya.
“Ini bukan kali pertama pasangan itu ditangkap atas kesalahan sama (berkhalwat).
“Kesalahan berulang buat kali kedua yang menyebabkan pasangan itu boleh dihukum sebatan maksimum enam kali atas pertimbangan hakim,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Aizi Saidi berkata, pasangan berkenaan kemudiannya dibawa ke Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu di sini untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, mereka telah dibebaskan dengan bon jaminan penguat kuasa setelah diambil keterangan.
28 Disember lalu dilaporkan seorang duda anak lima dihukum sebat enam kali di khalayak ramai atas kesalahan berkhalwat buat kali ketiga sejak ia dikuatkuasa mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 pada tahun lalu.
Baca juga :
Leave a Reply