Jadi mangsa pakar forensik ‘nakal’, wanita tampil buat laporan polis

GEORGE TOWN – Seorang lagi wanita tampil membuat laporan polis semalam selepas mendakwa menjadi mangsa pakar forensik ‘nakal’ di sebuah hospital kerajaan di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, laporan ketiga itu adalah berhubung kes sama membabitkan doktor lelaki berusia 43 tahun yang ditahan kali kedua kelmarin.

“Mangsa ketiga wanita asing berusia 25 tahun. Dia (mangsa) membuat laporan polis semalam dan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 9.15 malam, 20 Februari lalu.

“Kejadian berlaku di hospital tempat doktor pakar itu bertugas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, suspek yang telah berkahwin ditahan pada 26 Februari lalu kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat kerjanya. Bagaimanapun pegawai itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas reman berakhir pada Ahad lalu.

Kelmarin, suspek sekali lagi ditahan atas dakwaan berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit wanita berusia 30 tahun di sebuah klinik swasta di Pulau Tikus pada tahun lalu.

Suspek diberkas pada pukul 9.15 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini. Lelaki itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*