Sabah menamatkan kejohanan jemputan ‘Derby Serumpun’ di Jakarta di tempat ketiga selepas menewaskan PSIS Semarang 2-1 di Stadium Antarabangsa Jakarta kelmarin.
Ia merupakan satu kebangkitan yang baik selepas The Rhinos tewas 2-3 kepada Selangor dalam aksi pertama sebelum The Red Giants bergelar juara dengan menewaskan Persija Jakarta 1-0.
Menariknya, barisan pemain Sabah meraikan kemenangan mereka dengan isyarat empat jari yang menimbulkan persoalan mengenai mesej yang cuba disampaikan mereka.
Turut baca :
- “Asal pesan mee tarik… Penghantar makanan tersilap hantar pesanan, anak pelanggan termakan daging babi panggang
- TAHUKAH | Malaysia ‘Top 3’ negara paling ramai individu belum berkahwin di Asia Tenggara
- Ibu sangat sakit hati, kecewa anak 17 bulan disumbat makanan dalam mulut, rambut ditarik pengasuh taska
Leave a Reply