Isu saham Renong : Ahli perniagaan ‘heret’ Dr Mahathir ke mahkamah

Usahawan Halim Saad mengheret bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan II Nor Mohamed Yakcop, dan kerajaan ke mahkamah sivil.

Difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Ogos, tindakan sivil itu adalah berhubung dakwaan kerajaan merampas hak Halim sebagai pemegang saham mengawal firma bermasalah Renong Berhad pada 2001.

Menurut pernyataan tuntutan yang dilihat oleh Malaysiakini, plaintif mendakwa bahawa ini dilakukan berdasarkan kuasa Khazanah Nasional Berhad yang melaksanakan pengambilalihan UEM Malaysia Berhad atas arahan kerajaan sebagai sebahagian daripada pemerolehan wajib antara Julai dan Oktober 2001.

Halim mendakwa pengambilalihan itu membabitkan 372 juta saham dalam Renong dan Dr Mahathir serta Nor Mohamed adalah penggerak utama pengambilalihan tersebut.

Plaintif berhujah bahawa saham Renong itu adalah miliknya dan bukan kepunyaan Umno, serta pada masa itu, syarikat berkenaan memegang 37.92 peratus kepentingan dalam UEM.

Usahawan veteran itu menegaskan bahawa dia berhasrat untuk membuat tawaran awam kepada UEM, sama ada melalui Renong atau bersama dengan Renong, untuk mengambilnya secara peribadi sebagai anak syarikat Renong.

“Plaintif bagaimanapun diarahkan oleh Mahathir, secara langsung dan melalui Nor Mohamed, untuk tidak meneruskan Intended GO seperti yang dikehendaki kerajaan, sebaliknya, untuk memperoleh semua saham dalam UEM melalui entiti yang ditetapkan, Khazanah Nasional Berhad atau pihak yang diamanahkan.

“Selaras dengan ini, plaintif juga diarahkan untuk meninggalkan UEM dan Renong, kedua-duanya sebagai pemegang saham dan pengarah termasuk dalam anak syarikat mereka.

“Ini menyaksikan plaintif menyerahkan kawalannya ke atas Renong dan UEM kepada kerajaan dan akhirnya plaintif melupuskan saham Renong miliknya dengan kerugian. Plaintif mematuhi arahan tersebut kerana Mahathir ketika itu adalah perdana menteri dan menteri kewangan.

“Hasilnya, Khazanah memperoleh semua saham dalam UEM melalui anak syarikatnya, Syarikat Danasaham Sdn Bhd, sekali gus menguasai UEM yang pada masa itu memegang 32.6 peratus dalam Renong. Dengan cara ini, kerajaan memperoleh UEM dan secara tidak langsung serta mendapat kawalan dan pemilikan tidak langsung dalam Kumpulan Renong.

“Pemerolehan hak pemberian dan pelucutan hak plaintif sebagai pemegang saham mengawal Renong, yang merupakan aspek utama pelaksanaan pengambilalihan oleh kerajaan, telah dilaksanakan atau disebabkan tanpa sebarang pampasan dibayar kepada plaintif bertentangan dengan Perkara 13 , Perlembagaan Persekutuan,” kata Halim.

  • Turut baca : Fitnah : Amir tuntut Sanusi bayar ganti rugi RM10 juta

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*