Isu Palestin : PM anggap kenyataan ketua Dewan Ulama PAS biadab dan kurang ajar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pagi ini menyelar tindakan Ketua Dewan Ulama PAS Ahmad Yahya kerana mendakwa Putrajaya bersikap apologetik dalam pendirian terhadap perjuangan Palestin.

Menggelar Ahmad sebagai biadab, Anwar menegaskan bahawa kerajaan sentiasa tidak berbelah bahagi atau teragak-agak dalam memberikan sokongan kepada Palestin.

Hal itu katanya, bertentangan dengan dakwaan Ahmad – yang juga ahli parlimen Pokok Sena) – seperti yang disiarkan lidah rasmi PAS, Harakah, semalam.

Isu Palestin : PM anggap kenyataan ketua Dewan Ulama PAS biadab dan kurang ajar

Artikel itu disiarkan bersama gambar Anwar dengan imej bendera Israel diletakkan di belakangnya.

“(Seluruh dunia) tahu Malaysia bersatu menyokong perjuangan Palestin.

“Kami juga mengadakan mesyuarat setiap hari mengenai isu Palestin, kami meminta OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam), Rusia, dan China (untuk membantu).

“Tetapi (Ahmad) boleh saja membuat kenyataan biadab dan kurang ajar,” kata Anwar semasa sesi soal jawab perdana menteri di Dewan Rakyat pagi ini.

Ahli parlimen Tambun itu juga menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil “tindakan tegas” terhadap sesiapa sahaja yang mengulangi tuduhan sedemikian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*