Isu fitnah : Pemimpin DAP saman Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

Isu fitnah : Pemimpin DAP saman Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dari DAP memfailkan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Yusoff atas kenyataan dibuat mengenainya dalam ceramah Jun lalu.

Isu fitnah : Pemimpin DAP saman Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer

Dalam pernyataan tuntutannya, Rayer mendakwa Fauzi berbohong dalam ceramah di Balik Pulau itu dan memberi gambaran beliau (Rayer) rasis, angkuh dan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen.

Menurutnya, Fauzi mendakwa beliau memaklumkan mangsa kebakaran di Jelutong bahawa beliau tidak kisah hilang undi Melayu dan India.

Rayer berkata, Fauzi mendakwa mangsa kebakaran memarahi Rayer dan pembantunya kerana hanya melawat mereka selepas PAS berbuat demikian.

Rayer menuntut ganti rugi dan permohonan maaf daripada Fauzi di Facebook serta YouTube.

Menurut peguam Rayer, K Simon Murali, Hakim Mahkamah Sesyen, Johari Hassan menetapkan 6 Nov ini untuk pengurusan kes. Fauzi perlu memfailkan pernyataan pembelaan sebelum itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*