Isu ekonomi : ‘Saya cabar Azmin Ali berdebat’ – Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berdebat tentang ekonomi Malaysia sekiranya pemimpin Perikatan Nasional itu merasakan rekodnya sebagai bekas menteri ekonomi lebih baik daripada kerajaan Madani hari ini.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, jika benar Azmin mempunyai perancangan terbaik untuk ekonomi Malaysia, beliau mengalu-alukan bekas ahli PKR yang dipecat itu untuk berbahas dengannya.

Itupun kata Rafizi, jika Azmin Ali “berani” untuk berdebat.

“Kalau mereka ada rancangan, saya panggil Azmin Ali

“Kalau Azmin Ali sebagai bekas menteri ekonomi Perikatan Nasional merasakan rekod dia lebih baik daripada Kerajaan Perpaduan…saya cabar Azmin Ali berdebat dengan saya pasal ekonomi Malaysia…

“…kalau dia berani lah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu video pendek ceramah Jelajah Madani malam tadi yang tular di media sosial.

Azmin merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Beliau kemudian dilantik sebagai menteri kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 2020 selepas menjadi dalang kejatuhan kerajaan PH.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*