Isu 3R: Muhyiddin dituduh menghasut

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Gua Musang atas tuduhan mengeluarkan perkataan hasutan dalam ceramah ketika kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Tarmizie Nik Shukri.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara hingga tiga tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pertuduhan itu berkaitan ucapan Muhyiddin yang dibuat semasa berkempen di Felda Perasu, Gua Musang, Kelantan, pada 14 Ogos.

Kenyataan presiden Bersatu itu menyebabkan 29 laporan polis dibuat terhadapnya dan turut ditegur Istana Pahang. – FMT

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*