Isteri mula hilang ‘selera’, geli tengok badan suami macam ‘tong’

Isteri mula hilang ‘selera’, geli tengok badan suami macam ‘tong’.

Kehidupan berumah tangga sememangnya tidak pernah sunyi dengan pelbagai ujian.

Menurut cerita seorang wanita, dia kurang senang dengan rutin suaminya seorang pereka grafik yang bekerja pada lewat malam.

Jelas wanita berkenaan, hal itu menjadikan suaminya akan menghabiskan waktu siang dengan tidur hingga mengabaikan solat.

“Sudah lima tahun kahwin, dia asyik kerja waktu malam je. Apabila disuruh kerja waktu orang normal, dia cakap tak boleh… tetap rasa mengantuk.

Pukul 12 malam macam tu baru mula buat kerja. Pagi-pagi memang tidur je jawabnya sampai solat Zohor. Apabila kejut Subuh, liat sangat nak bangun,” ujarnya menerusi hantaran di grup Kisah Rumah Tangga di Facebook.

Luah wanita tanpa mendedahkan identitinya itu lagi, masalah mula timbul apabila badan suaminya semakin berisi gara-gara gaya hidup yang semakin tidak sihat walaupun baru berusia 37 tahun.

Katanya, perubahan pada fizikal si suami menyebabkan badannya cepat berpeluh dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Malah, dia dan anak kecilnya berusia empat tahun mengalami kesukaran untuk tidur nyeyak akibat dengkuran suaminya yang kuat.

“Suami saya dulu kurus je, tapi sekarang makin membesar. Saya macam sudah tak ada selera (tengok suami). Saya sudah minta dia kurus, bagi galakan pergi jogging waktu petang.

“Tapi dia memang tak konsisten. Apabila dah besar ni, bau badan kuat sangat. Dia tidur buka baju, jadi peluh tu melekat dekat cadar. Tak sampai seminggu hitam je cadar.

“Anak saya pun tak nak tidur dengan dia sebab berdengkur kuat sangat. Dia tidur tilam asing sebab bau badan dan dengkur tu mengganggu kualiti tidur saya dan anak,” jelasnya panjang lebar.

Lebih membimbangkan apabila wanita ini mula memikirkan tentang sesi persekolahan anak mereka bagi tahun 2025 memandangkan kitaran tidur suaminya yang tidak teratur.

“Masalahnya di sini, tahun depan anak dah nak masuk sekolah (umur lima tahun). Sekarang tengah fikir macam mana suami nak hantar anak ke sekolah. Tengok sekarang bangun tidur pun waktu Zohor.

“Saya tak boleh nak hantar sebab kereta ada sebuah je dan dia tak bagi pun saya pandu sedangkan saya ada lesen kereta.

“Satu lagi perkara, macam mana nak suruh dia solat tanpa disuruh? Penatnya macam budak kecil kena arahkan suruh solat apabila masuk waktu. Padahal sudah tua. Tiga tahun lagi nak masuk 40-an dah,” ujarnya.

Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang memberikan pendapat mereka berikutan permasalahan diluahkan.

Rata-ratanya memahami apa yang dialami wanita ini apabila pasangan kita sudah lanjut usia.

“Apa yang akak bagitahu ni biasa bagi lelaki dan perempuan di Malaysia. Masuk umur 30 je mesti semua naik. Sikap pun berubah, cakap tinggi, kritik sana sini dan jadi pemalas dan baran.

“Orang lelaki ni kadang ingat dia je ada selera. Isteri ni jenis yang tak ada selera agaknya. Orang perempuan pun jenis ada selera apa. Kalau dah macam ni rupa, memang putus selera,” ujar netizen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*