Isteri kongsi cerita punca dicerai suami selepas 3 hari berkahwin

Wanita berkenaan ditinggalkan selepas tiga hari berkahwin.

Kisah seorang wanita di Indonesia menjadi tular baru-baru ini kerana dia dikatakan bercerai dengan suaminya selepas tiga hari berkahwin hanya kerana tidak bekerja sebagai doktor, lapor laman berita Detik.

Berdasarkan hantaran di laman TikTok, seorang wanita bernama Indah menceritakan kisah tersebut yang berlaku kepada sepupunya.

Menurut Indah, sepupunya akhirnya disahkan bercerai selepas setahun menyelesaikan proses perpisahan di mahkamah bersama bekas suaminya.

“Tiga hari selepas berkahwin, dia ditinggalkan tanpa sepatah kata pun. Sehingga ke hari ini, sudah setahun mereka berpisah.

“Semua itu berlaku hanya kerana bekas ibu mentuanya mahukan menantu yang bergelar doktor,” kata Indah.

Tambahnya, dia bagaimanapun bersyukur kerana sepupunya itu merupakan seorang wanita yang tabah dan berdikari.

“Alhamdulillah, sepupu saya seorang wanita hebat, tabah, berdikari dan mampu mencari wang belanja sendiri,” katanya.

Indah sebelum itu berkongsi klip video wanita tersebut yang kelihatan gembira ketika mendapat dokumen perceraian yang sah dari mahkamah.

Hantaran tersebut menjadi tular dengan pelbagai persoalan dibangkitkan oleh netizen.

“Kenapa dahulu bekas ibu mentuanya beri kebenaran untuk berkahwin jika sudah tahu mahukan menantu seorang doktor?” soal seorang netizen.

“Kalau sudah tahu bukan doktor dahulu, mengapa masih diteruskan pernikahan?” ujar seorang lagi pengguna media sosial.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*