“Isteri kata dia sunyi”- Rupanya…

Bertubi-tubi dugaan melanda, seorang lelaki tidak dapat menahan rasa sedih dan meluahkan perasaannya di platform media sosial hingga menarik perhatian ramai.

Lelaki diuji bertubi-tubi

Lelaki yang tidak diketahui identitinya memberitahu bahawa ibu telah meninggal dunia pada Januari lalu tetapi alangkah sedihnya individu terbabit tidak dapat menatap wajah ibu buat kali terakhir kerana kekangan kerja dan berada jauh dari keluarga iaitu ketika pelayaran di Portugal.

Belum reda dengan kesedihan itu, lelaki tersebut sekali lagi diuji sebulan selepas itu dengan kematian bapa tercinta dan pemergian kedua-dua ibu bapanya itu membuat dia berasa teramat sedih.

Tidak henti disitu, ujian seterusnya yang perlu dihadapi apabila mengetahui isteri pula tidak setia dan bermain kayu tiga sepanjang berjauhan.

Isteri kantoi curang?

Dalam fasa aku bersedih dan cuba untuk teruskan kehidupan selepas kehilangan mak ayah, aku menerima WhatsApp daripada jiran bertanya sama ada aku sudah pulang atau belum kerana sering dengar suara lelaki dalam rumah.

Tetapi ketika itu, lelaki terbabit masih cuba untuk berfikiran positif mengatakan yang datang itu adalah abang iparnya, memandangkan isteri rapat dengan adik beradik.

Bagaimanapun, sangkaan bahawa lelaki yang selalu datang ke rumah adalah abang iparnya salah dan disebabkan itu fikirannya bercelaru hingga membuatkan kapal yang berlayar bergesel dengan sebuah kapal tunda dan susulan insiden itu, dia mempunyai tempoh untuk pulang ke Malaysia kerana kapal tidak boleh berlayar.

Lelaki lain cium isteri, curang sebab sunyi berjauhan

Alangkah terkejutnya dia sewaktu sampai di kediaman, dirinya melihat seorang lelaki mencium pipi isteri tercinta dan akibat sudah ‘kantoi’, isteri terus lari masuk ke dalam rumah.

Skandal si isteri pula berlaku jujur pada lelaki terbabit dengan memberitahu sudah empat bulan mereka duduk bersama, malah isteri hanya memberi alasan dirinya sunyi sewaktu berjauhan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*