“Ini yang patut ditangisi…” Jika Najib dibebaskan 2034, hutang 1MDB masih dibayar

“Ini yang patut ditangisi…” Jika Najib dibebaskan 2034, hutang 1MDB masih dibayar.  Tahukah rakyat Malaysia andaikata Najib dibebaskan pada tahun 2034 kita rakyat Malaysia masih terus terpaksa membayar hutang tersebut (wang kita) sehingga 2039.

Sepatut ini yang ditangisi oleh rakyat Malaysia. Wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk pendidikan anak-anak kita (rakyat Malaysia) secara percuma untuk puluhan tahun. Ia melibatkan ratusan ribu juta ringgit yang mampu membina 2 Putrajaya atau mampu membina lebih kurang 4 KLIA.

Tahukah juga anda 2 wanita yang akan terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia sebagai insan yang berani dalam skandal kes bekas Perdana Menteri? Mereka itu Tengku Maimun dan Nor Salwani.

"Ini yang patut ditangisi..." Jika Najib dibebaskan 2034, hutang 1MDB masih dibayar

Gambar kiri Tun Tengku Maimun, Ketua Hakim Negara yg mengetuai Mahkamah Perseketuan dalam kes SRC Najib. Walaupun dirinya diugut… dia tetap bertegas bersama para hakim menjatuhkan hukuman kepada Najib.

Gambar kanan Pegawai Jabatan Audit Negara, Salwani wanita yang menyelamatkan laporan audit asal 1MDB dari dimusnahkan.

Salwani memberitahu Mahkamah Tinggi, dia secara rahsia menyimpan satu daripada 60 salinan laporan asal yang diterbitkan oleh jabatan itu pada 2016.

Bosnya ketika itu Ketua Audit Negara, Ambrin Buang telah memerintahkan agar semua 60 naskah laporan berkenaan dimusnahkan untuk mengelak kebocoran. Hanya salinan yang telah dipinda diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Dia menyimpan sesalinan laporan itu secara rahsia kerana mungkin memerlukannya pada kemudian hari sebagai rujukan.

Salwani juga telah membekalkan lebih banyak bukti utama dlm bentuk rakaman audio selama dua jam dan 45 minit yang dirakamkan pada mesyuarat 24 Feb 2016 yg dihadiri oleh pegawai tertinggi dari kerajaan dan 1MDB.

Di mana dia telah memasukkan perakam suara ke dalam bekas pensel milik pegawai atasannya tanpa pengetahuan sebelum mesyuarat bermula. Bukti yang dibawa ini sangat penting dlm kes 1MDB sekarang ini.

Moralnya siapa kata wanita lemah dan penakut. Malah keberanian mereka ini belum tentu ada kaum lelaki sanggup melakukannya.

Percayalah nama kedua wanita ini 50 tahun mendatang akan terbuku dalam lipatan sejarah negara yang akan dibaca oleh anak cucu kita sebagai antara wanita yg hebat. Kita patut berterima kasih kepada kedua wanita ini.

"Ini yang patut ditangisi..." Jika Najib dibebaskan 2034, hutang 1MDB masih dibayar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*