Info ‘Bantuan Warga Emas RM500 Bagi Tahun 2023’ palsu

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan hebahan mengenai ‘Bantuan Warga Emas RM500 Bagi Tahun 2023’ yang tular di media sosial ketika ini adalah palsu.

JKM menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai sebarang bantuan JKM.

“Maklumat dan info tepat mengenai sebarang bantuan hanya dipaparkan di laman portal rasmi JKM sahaja.

“Sila layari www.jkm.gov.my untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut,” katanya.

Sebelum ini, tular di laman sosial Whatsapp dan Telegram berhubung Permohonan Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 Bagi Tahun 2023.

Hebahan palsu itu turut memaparkan gambar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bagi mengelirukan orang awam.

Maklumat palsu itu turut memaparkan kenyataan berhubung Bajet 2023 yang memperuntukkan dana jumlah yang besar bagi membantu mereka yang layak.

Info tular itu dikongsi menerusi pautan telegram, https://t.me/officialbantuankerajaan dan laman web https://www.sistemguruonline.my/2022/12/bantuan-warga-emas.html.

Info ‘Bantuan Warga Emas RM500 Bagi Tahun 2023’ palsu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*